Sunday, 19 March 2017

Cara Untuk Tukar Katalaluan dan semak baki data YES ID guru


Well... hari ni saya nak share cara untuk tukar password frog vle merangkap password yes ID anda yang anda guna untuk aktifkan telefon yes Altitude tu... Selain itu ID dan password anda juga diguna untuk dongle... Kenapa perlu tukar password? Ini kerana sekarang ni ada banyak kes orang yang tidak bertanggung jawab 'merompak' yes ID dan password cikgu-cikgu dan membuat jualan secara terbuka tanpa segan silu di Facebook, mudah.com dll channel perniagaan. Ini semua gara-gara data 2GB yang cikgu semua terima... Ramai sangat yang rakus nak cari keuntungan dengan cara mudah. Jadi, untuk mengelakkan ID dan password cikgu disalah guna, saya cadangkan cikgu tukarlah password sekerap mungkin. Yes, memang dah ramai yang tahu cara nak tukar password ni, tapi realitinya, masih ramai juga yang belum tahu dan ada juga yang terlupa kaedahnya. :D Oh ya, sekiranya anda terlupa katalaluan anda, anda boleh berhubung dengan frog admin di sekolah anda. Frog Admin boleh membantu untuk selesaikan masalah. Don't worry... :)
**Klik pada gambar untuk paparan lebih besar. 





Bagi yang menggunakan yes Altitude, anda boleh menyemak baki data menggunakan aplikasi MyYes4G. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada jadual billing cycle untuk mengetahui tentang tarikh data 2GB dikreditkan ke dalam akaun anda. Bagi yang tak dapat telefon, anda masih boleh membuat semakan penggunaan data dengan melayari laman www.yes.my 

Aplikasi Myyes4G di telefon Yes Altitude
Data Yes 4G LTE adalah diambil dari penggunaan telefon Yes Altitude manakala Data Yes 4G Broadband pula adalah diambil dari penggunaan dongle/huddle... So kalau diikutkan, total data ialah 4GB kesemuanya...
Sumber : laman 1bestarinet

Sekian sahaja tutorial untuk hari ini... Take care, everyone. Selamat bercuti! :)

Nota kaki : Don't just thank Allah when everything's going right, thank Him even when things are challenging! - Dr. Bilal Philips

Thursday, 16 March 2017

PANDUAN SETTING YES ID PADA HUDDLE YES 4G



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya terpanggil untuk menulis panduan untuk setting 'Yes ID' pada huddle Yes. Guru-guru yang tak dapat dongle, sila jangan kecewa, anda masih boleh menggunakan data 2GB yang dibekalkan kepada anda dengan menggunakan huddle anda sendiri. Seronoknya menggunakan huddle adalah kerana anda boleh connect pada internet tanpa wayar. Wifi! Sekiranya anda mempunyai huddle dirumah, manfaatkan lah.. gunakan ia.. KPM dah bagi data 2GB, apa lagi, gunakanlah sehabis baik... jangan membazir! Hehe.

Paling best, sekiranya anda masih terikat dengan kontrak YES, jangan bimbang, anda gunakan kedua-dua akaun berbayar dan akaun 2GB percuma ni sebaiknya... Caranya ialah dengan mengubah pada setting huddle. Bila data 2GB habis, anda set kan semula menggunakan ID yang anda langgan. Eh, faham ke apa saya cakap ni? Ngeeee... Maksudnya 1 huddle boleh guna banyak ID... ada faham? So, sebenarnya anda juga boleh berkongsi gunakan huddle ni di sekolah. Kongsi 2-3 orang guru, gunakan 1 huddle. habis data 2GB seorang guru, gunakan pula data 2GB seorang guru lagi... Sampailah habis kesemuanya! Tamakkan! Haha... Bukan tamak tapi tak mahu membazir... Jangan kata hakak tak ajar! :D

Berikut adalah langkah yang anda perlu buat untuk setting dongle sedia ada menggunakan yes ID yang dibekalkan kepada anda semua. Rujuk gambar ya...

**password default huddle - 'admin', jika terlupa, call yes helpline untuk bantu resetkan semula huddle. :)

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Senang je kan? Hehe... Semoga bermanfaat! Bye..

Nota kaki : Don't care about how many people may get mad at you for doing the right thing, because they won't be standing with you on the Judgment Day! - Dr. Bilal Philips

Wednesday, 15 March 2017

Pengurusan dan Penggunaan Telefon Pintar YES Altitude (LADAP)

Assalamualaikum semua!

Saya ingin berkongsi bahan yang saya sediakan untuk sesi LADAP di sekolah saya petang nanti. Sekiranya cikgu rasa bahan saya bermanfaat, silakan berkongsi dengan guru-guru lain ya...
























Selain itu, anda juga boleh mendapatkan modul yang lebih compact, interaktif serta bergambar dari link di bawah. Modul keluaran BTPN Johor ini dibina oleh beberapa orang pegawai PKG dan guru-guru yang hebat. Antaranya, En. Khairil Firmansyah, Cikgu Normie, Cikgu Sabarina, Cikgu Ariff dan saya sendiri terlibat sebagai penyumbang idea dan 'proof reader'.  Modul ini dibina khas untuk dijadikan panduan guru-guru di seluruh negara. Semoga hasil kerja ini diguna pakai dan disebar luas untuk memanfaatkan semua guru-guru penerima telefon YES Altitude. Cikgu-cikgu juga boleh mendapatkan maklumat dan segala SOP berkaitan dengan telefon YES Altitude ini dari laman web http://1bestarinet.net

Download Modul YES Altitude BTPN Johor 
Download Modul YES Altitude BTPN Johor Versi Cetak
Slide Presentation LADAP YES Altitude Raihan Jalaludin

Atas permintaan ramai, saya sertakan sekali Slide Presentation LADAP YES Altitude Versi Cetak untuk dimuat turun.

Makluman tambahan, sekiranya handphone rosak, berhubung dengan PKG masing-masing ya...

Untuk guru-guru di Perak, boleh rujuk link ini... SOP Peranti Yes Altitude

Nota kaki: Gunakan untuk PdPC tau, cikgu! :D

Thursday, 2 March 2017

Contoh Aktiviti HIP (Highly Immersive Programme)


Minggu lalu, saya bersama team Kinta Utara diundang ke daerah Perak Tengah untuk berkongsi sedikit ilmu tentang HIP dengan barisan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Bahasa Inggeris dan wakil PIBG lebih dari 30 buah sekolah. Huhu.. nervous juga nak buat sharing dengan big crowd macam ni... Serius cuak! LOL. Tak banyak pun ilmu yang saya ada... Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa bersama mereka tentang HIP ni.

Aktiviti HIP bukanlah aktiviti yang baharu malahan aktiviti biasa yang pernah kita jalankan di sekolah seperti 'story telling competition', 'quiz' dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai aktiviti HIP. Apa yang penting setiap program yang dirancang hendaklah disertakan dengan pelan operasi, pelan taktikal dan juga pelan strategik. Jika sekolah tidak mempunyai banyak dana, boleh jer rancang aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Contohnya, perhimpunan dalam Bahasa Inggeris! Senang kan? Hehe... Nak teks? Nah, ambil di sini ya... Teks Perhimpunan / Doa / Ikrar dalam BI

Apa pun aktiviti yang dirancang, anda perlu bekerja dalam kumpulan. Perlu diingatkan bahawa HIP adalah program yang melibatkan semua warga sekolah termasuk ibubapa. Jadi tidak timbul isu tambah kerja guru Bahasa Inggeris! Semua warga sekolah perlu turut serta dalam program ini termasuk ustaz, ustazah, cikgu subjek selain BI, pekerja pembersihan, jaga sekolah, makcik kantin dll. Untuk membudayakan Bahasa Inggeris di sekolah bukan hanya menjadi tanggungjawab guru Bahasa Inggeris sahaja tetapi semua sekali di sekolah mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan aktiviti ini.

Di sini, saya kongsikan senarai aktiviti yang sekolah saya dan SK Tanah Hitam jalankan untuk program HIP. Mungkin anda boleh melihat dan memilih aktiviti yang sesuai untuk dirancang untuk sekolah anda. Walau bagaimana pun, suka saya mengingatkan bahawa setiap sekolah mempunyai 'klien' yang berbeza. Klien dalam kata lain adalah murid/pelajar/ibubapa/dll. Aktiviti yang dijalankan di sekolah di kawasan Damansara pastinya tidak akan sama dengan aktiviti yang di rancang di sekolah-sekolah pedalaman misalnya. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Fahamkan maksud saya? Kita perlu merancang aktiviti yang sesuai untuk klien kita, bukan sekadar 'syok sendiri' ataupun buat program sebab nak ikut program sekolah lain, tetapi ia tidak mengikut aras yang sesuai dengan sekolah kita sehinggakan aktiviti yang dirancang tidak berjalan dengan baik. Cadangan saya, buatlah aktiviti 'fun learning' yang lite-lite gitu... Hehe... Bukan apa, aktiviti seperti itulah yang mudah dilaksanakan disamping menyeronokkan murid.








video


video












Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Sekiranya anda ingin berkongsi idea, tuliskan di ruangan komen ya.. Saya nak tahu juga apa aktiviti yang anda rancang untuk sekolah anda... Hehe...
Last but not least, terimalah.. haha... gambar kenangan bersama wakil PPD Kinta Utara dan Perak Tengah di SMK Dato' Seri Maharajalela, Kampung Gajah. Makanan kat  sekolah ni sedap! :D


Quote pilihan hari ni... "Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna 
Anyway, susahnya nak jadi pokok! Hukk... Masalahnya bukan setakat batu je nak kena hadap, bersedialah dengan orang yang membaling tahi jugak ye! Huhuhuuuu...