Wednesday, 31 August 2016

Contoh Kertas Kerja Highly Immersive Programme


Assalamualaikum dear readers and followers. Selamat Hari Kebangsaan!

Highly Immersive Programme adalah merupakan program pembudayaan Bahasa Inggeris di sekolah. Program ini adalah merupakan program dibawah arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah pun berkuatkuasa bermula Jun 2016. Walaubagaimana pun, tiada peruntukan khas diberikan untuk program ini. Oleh hal yang demikian, saya selaku penyelaras program di sekolah saya, bekerja keras demi menjayakan program ini kerana saya berpendapat ianya merupakan suatu program yang sangat baik lebih-lebih lagi untuk sekolah seperti sekolah saya yang terletak di pinggir bandar yang majorotinya murid Melayu.

Untuk membudayakan Bahasa Inggeris bukanlah suatu perkara mudah. Bayangkan 90% murid-murid di sekolah saya yang rata-ratanya berkomunikasi dalam bahasa Melayu di rumah dengan orang tua mereka, kawan-kawan serta adik beradik, menonton rancangan berbahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang janggal dan sukar untuk mereka praktiskan dalam perbualan mereka sehari-hari. Inisiatif HIP ini sememangnya satu titik tolak permulaan yang baik untuk murid-murid khususnya. Lantas, saya bersama dengan ahli panitia yang lain berbincang apakah solusi terbaik sebagai langkah permulaan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah tanpa memberikan 'kejutan budaya' kepada murid-murid. Bukan apa, Guru Besar saya juga seringkali berpesan agar tidak keterlaluan dalam memilih program, mulakan dengan yang 'lite' sahaja supaya minat murid-murid dapat dipertingkatkan secara konsisten.

Untuk melaksanakan program, sudah semestinya memerlukan kos. Hasil perbincangan dengan Guru Besar, saya telah menyiapkan kertas kerja bertujuan untuk mencari dana. Saya suka melihat murid-murid saya gembira dan enjoy belajar dalam 'environment' yang menyeronokkan. Bagi yang berminat untuk mengguna pakai kertas kerja saya, bolehlah download dari link yang diberikan di bawah ini. Jangan lupa sertakan sekali surat iringan ya! Semoga bermanfaat!


Download : Kertas Kerja Highly Immersive Programme

1 comment:

  1. THANK YOU VERY MUCH, TEACHER.... ITS REALLY HELPFUL FOR ME...

    ReplyDelete