Monday, 8 February 2016

Resepi Roti Jala Yang Super Duper Sedap!

Saya tak begitu mahir menjala.

Semalam, seorang kawan saya, berkongsi gambar roti jala homemade yang katanya teramat sedap. Melihat gambar yang dihantarnya menerusi Whatsapps, saya terliur dan rasa teringin nak makan roti jala. Kalaulah dekat, memang saya dah pergi ke rumah dia dan makan hasil air tangan dia, tapi sebab jauh, terpaksalah saya gagahkan diri ke dapur hari ini.. Ini kali pertama saya buat roti jala dan hasilnya memang super dupper sedap! Resepi yang mudah dengan rasa yang meletopss memang hakak suka! :) Okay, berikut adalah resepinya. Resepi ni saya edit sedikit mengikut kesesuaian..  


Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air
1 cawan susu cair 
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak 
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukup rasa 

Kaedah
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. (blender)
2. Kisar bahan-bahan sehingga bancuhan menjadi sebati.
3. Masukkan bancuhan ke dalam botol bermuncung lima. (botol ni saya beli di kedai Daiso RM5)
4. Tuangkan bancuhan (jala) ke dalam kuali 'non-stick'.
5. Tunggu beberapa minit, siap, angkat dan gulung.

Roti jala ni boleh dihidangkan bersama kari ayam atau kari daging. Walaupun makan tanpa kuah, rasa roti jala ini memang sedap dan lembut hingga ke petang. Kredit kepada rakan saya, Puan Amiza Md. Zin kerana sudi berkongsi resepi dengan saya. 

Tadaaaa.. Inilah hasilnya..

No comments:

Post a Comment