Buku Teks KSSR Digital - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 20 February 2016

Buku Teks KSSR Digital



Penggunaan Buku teks KSSR Digital  di dalam kelas adalah suatu inisiatif yang baik bagi membantu murid-murid untuk lebih fokus (hanya melihat muka surat yang dipaparkan oleh guru). Selain itu, masalah murid tidak membawa buku teks juga dapat diatasi dengan adanya buku teks digital seumpama ini. Walau bagaimana pun, saya dapati buku teks KSSR yang ada di link yang akan saya kongsikan ini kurang lengkap, masih ada banyak buku teks yang tiada. Buku Bahasa Inggeris sahaja yang lengkap dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Terima kasih Cikgu Ang kerana sudi berkongsi link ini dengan saya. Kredit kepada pemilik asal Cikgu Hafiz Abdullah dari SK Lubok Teras Setiu. 

Sekiranya buku yang diperlukan tiada di dalam link yang saya kongsikan ini, cikgu-cikgu boleh mendapatkan buku teks digital dari 'FrogStore'. Di FrogStore, terdapat berpuluh-puluh buku teks digital pelbagai subjek dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Anda boleh menyimpan buku teks digital yang diperolehi dari FrogStore ke dalam 'Bookshelf' anda. Caranya mudah, hanya login masuk ke akaun anda menggunakan Yes ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah, kemudian, pergi ke FrogStore, taipkan nama buku yang diperlukan, simpan buku di dalam 'bookshelf' peribadi anda, dan akhir sekali, untuk menggunakan buku tersebut, pergi ke 'bookshelf' dan klik dua kali ke gambar buku yang dikehendaki. Buku digital akan terpapar dengan jelas!

Selamat menggunakan buku teks digital. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Assalamualaikum.. 


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Hafiz Abdullah diatas perkongsian ini! :)

    ReplyDelete
  3. Buku teks dalam frogstore tak update. Masih byk silibus yg lama dalam tu

    ReplyDelete
  4. Hi cikgu2 semua, boleh saya dptkn link softcopy textbook science dan maths tahun 5 versi english?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu cikgu,Semoga cikgu sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.Teruskan perkongsian cikgu.

    ReplyDelete