Friday, 1 January 2016

Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Hong Kong!


Hong Kong Disneyland
Cinderella

Water Cooler

Woot Woot! Selamat Tahun Baru 2016! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini ya. Post pertama saya untuk tahun 2016 ialah tips untuk kawan-kawan yang berminat atau bercadang untuk ke Hong Kong. Banyak juga perkara yang saya rasakan penting untuk kalian semua tahu. Yelah, jangan pula nanti dah sampai ke negara orang, kita macam rusa masuk kampung pula, malu.. dan silap hari bulan, orang ambil kesempatan pula pada kita sebab nampak macam serba tak tahu di negara orang. Okay.. Jom baca!
  1. Sampai di KLIA 2, check in bag. Ambil boarding pass atau print boarding pass siap-siap dari rumah untuk mengelakkan beratur panjang. 
  2. Masuk ke Balai Berlepas => Pemeriksaan Kastam
  3. Berlepas selama 4 jam. Sewaktu di dalam flight, isi borang imigresen. Tidak perlu declare barang. Cuma perlu isikan butiran passport dan alamat hotel sahaja.
  4. Turun flight => Perlu naik bas untuk ke terminal, bas ala RapidKL disediakan secara percuma.
  5. Ambil bagasi => Ikut laluan hijau
  6. Pemeriksaan Imigresen di Hong Kong, tiada lagi cop passport. Mereka akan bagi kertas kecil sebagai pengganti cop. Simpan kertas tu elok-elok. Selit dalam passport. Kalau hilang, masalah!
  7. Di HKIA, cari kaunter MTR Customer Service Centre. Beli Kad OCTOPUS. HKD150/dewasa HKD70/kanak-kanak (balance boleh refund masa nak balik ke Malaysia nanti. Boleh refund semasa di HKIA)
  8. Cari kaunter CTS (China Travel Service), check harga, beli tiket The Peak tram + Sky 428 2 hala (Harga sepatutnya:HKD83/dewasa, HKD40/kanak-kanak, tapi di CTS boleh dapat lebih murah).The Peak ni ada tempat patung-patung artis terkemuka untuk bergambar.. Kalau nak masuk tempat patung tu namanya ‘Madame Tussauds’. Boleh beli tiket pakej tram sekali dengan Madame Tussauds jika mahu. Beli tiket Hong Kong Disneyland sekali di sini. (Harga sepatutnya : HKD499/dewasa, HKD355/kanak-kanak) CTS Travel Service ni selalunya jual dengan harga yg lebih murah. So, boleh jimat dalam RM50/seorang. Banyak juga tu! Jimat.. :D
  9. Keluar dari airport, menghala ke terminal bas. Ground transportation Centre. Rujuk carta / papan tanda khas nombor-nombor bas. Dalam bas ada papan elektronik memberitahu stesen perhentian semasa dan stesen perhentian seterusnya. Papan elektronik itu juga akan memaparkan anggaran masa untuk kita tiba ke destinasi. Jadi, kita boleh anggarkan berapa lama nak duduk atas bas.
  10. Untuk pergi ke The Peak Tram + Sky Terrace + Madame Tussauds + Hard Rock Cafe, Caranya ialah dengan menaiki MTR (Sebelum naik MTR sila rujuk ‘route’ perjalanan MTR, ada di  dinding stesen MTR, tengok betul-betul, jgn silap naik MTR, nanti rugi duit kad octopus tu). Naik MTR dan turun di MTR Central Station, Exit J2. Kemudian, naik tangga ke ground level, belok kanan ke Charter Garden, jalan terus melintasi garden, Nampak Bank of China Tower disebelah kanan. Jalan terus ke hadapan melintasi traffic light. Tengok signage di traffic light junction. Cari “The Peak Tram Entrance”. Berjalan kaki agak jauh. Jalan berbukit. Pastikan pakai kasut yang selesa. Untuk pengetahuan semua, The Peak ni terkenal dikalangan pelancong, jadi terlalu ramai pelancong di sini. Bersedia untuk beratur panjang untuk naik tram. Mungkin boleh cecah ke sejam atau lebih. Bertabahlah wahai kaki.. :D
  11. Dah naik atas tram, simpan tiket dengan baik sebab nak guna lagi masa balik nanti. Masa naik tram, duduk sebelah kanan untuk tengok pemandangan ilusi 90darjah. Masa balik, duduk di sebelah kiri. The Peak adalah puncak yang tinggi. Boleh ambil gambar banyak-banyak di puncak tu. Yang ambik gambar guna handphone, jangan lupa bawa monopod anda sekali agar boleh ber'selfie' dengan berlatar belakangkan pemandangan Hong Kong. Paling menarik, di atas puncak tu juga ada shopping mall. Saya tak boleh bayangkan bagaimana mereka membina shopping mall tersebut di puncak yang sebegitu! Hard Rock CafΓ© di tingkat G, Madam Tussauds di level bawah. Anda boleh nampak banyak souvenir dijual. Coffee House pun ada.. 
  12. Nak balik, ikut jalan datang untuk naik MTR. Singgah Temple Night Market (Turun di Stesen Jordan). Temple Night Market ialah pasar malam yang menjual macam-macam barang termasuk pendrive, hiasan, beg, dll. Buka sehingga jam 12tengah malam. Tapi AWAS! Jangan sesekali menerima syiling HKD10 sebab syiling itu sudah tidak laku untuk digunakan! Peniaga pasar malam suka menipu pelanggan dengan memberikan duit syiling itu.
  13. Okay, next! Untuk ke Hong Kong Disneyland, naik MTR ke Lai King Station, naik tren laluan Tung Chung Line dan turun di Sunny Bay. Di Sunny Bay, naik tren khas ke Disneyland Resort (tren ni cantik, bertemakan mickey mouse). Sampai di Disneyland, ambil guide map utk memudahkan perjalanan. Ada 2 restoran Halal dalam Hong Kong Disneyland =>Tahitan Terrace (Adventure Area) dan Explorer’s Club Restaurant (Mystic Point). Masa nak masuk ke Disneyland, staff Disneyland akan periksa beg kita semua. Pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dari luar kecuali makanan Khas untuk bayi/pesakit. Minuman sahaja dibenarkan bawa masuk. Di dalam Disneyland, ada tempat untuk ambil air (water cooler), berhampiran tandas. Jadi, tidak perlulah kita usung air mineral banyak-banyak sebab nanti boleh refill bila-bila masa secara percuma. Oleh kerana tiket mahal, jadi main lah puas-puas di dalam Disneyland tu. Untuk solat, boleh ke City Hall. 
  14. Ada banyak kedai di dalam Disneyland, jual pelbagai jenis barangan Disney, tapi kalau barangan yang semua kedai kat dalam tu jual contohnya cekak rambut minie mouse, pen, mug, boleh beli di airport sahaja.. Dalam airport pun ada juga 2 buah kedai Disneyland. Kedai Disneyland dalam airport kadang-kadang ada buat sales barangan. Ada yang dijual dengan diskaun 70%. Jimat lagi! :D
  15. Untuk pergi ke Ladies Market, terletak di Thung Choi Street, naik MTR, turun di stesen Mongkok. Ladies Market buka kira-kira jam 12tengahari sehingga 12malam.Pelbagai barangan terutamanya beg tangan, cadar, hiasan, pakaian, dll dijual di sini. Berhampiran Ladies Market, terletak restoran halal (indian food) yang mahal teramat.. Rupa kedai simple dan tidak ekslusif. Sekeping roti parata dijual dengan harga lebih kurang RM10 dengan kuah dal yang cecah RM40 semangkuk kecil. Untuk cenderamata seperti keychain, fridgemagnet dsb, Temple Night Market lebih murah sedikit harganya.
  16. Untuk pergi ke Avenue Of Stars (elok pergi sebelum jam 8 malam kerana pada jam 8 malam, ada pertunjukan lampu di sini), naik MTR, turun ke Tsim Sha Tsui Station. Exit menghala ke Sogo => ikut anak panah ke Avenue of Stars, naik eskelator ke ground floor, exit L6 ke Cultural Centre dan jalan terus ke waterfront.
  17. Untuk beli mainan, ada toy street di Hong kong. Terletak di Tai yuen Street. Terdapat pelbagai mainan dijual disini. Set Monopoli lebih kurang RM25! Murah kan! Untuk penggemar kain, Ki Lung Street ada banyak kain ela jeans, cotton viscose murah-murah. Nak pergi ke dua tempat ni naik MTR turun kat Sham Shui Po Station. Pastikan anda lihat di papan tanda di stesen MTR tu, untuk pilih exit yang mana satu.
  18. Untuk shopping boleh pergi ke City Gate Outlet dan lain-lain shopping mall. Ada banyak shopping mall di kawasan popular Tsim Sha Tsui. Terdapat Snoopy’s World di New Town Plaza. 
  19. Di Hong Kong, pukul 6 petang sudah gelap seperti pukul 8 di Malaysia. Waktu di Hong Kong sama sahaja dengan waktu di Malaysia. Waktu solat berbeza. Boleh rujuk di http://www.islamicfinder.org/cityPrayerNew.php?country=hong_kong
  20. Sebelum pergi ke Hong Kong, adalah lebih baik memeriksa ramalan cuaca disana supaya boleh merancang perjalanan dengan baik. Rujuk http://www.accuweather.com/en/hk/hong-kong/1123655/weather-forecast/1123655 
  21. Bagi perempuan, jangan lupa bawa botol untuk kegunaan di tandas.
  22. Pakai kasut yang selesa! Ini sangat penting. Di Hong Kong banyak berjalan kaki. Nak cari exit dalam MTR pun jauh berkilometer. Kebanyakkan penduduk Hong Kong tidak kira tua atau muda, memakai kasut sukan.
  23. Orang-orang di Hong Kong sama sahaja macam orang di Malaysia, ada yang baik, friendly, ada juga yang ignorant, sombong bongkak. Jadi, bila berada di tempat orang, sentiasa berhati-hati. Jaga diri.
  24. Pastikan duit ditukar siap-siap dari Malaysia. Biar bawa duit lebih, jangan kurang sebab di sana duit kita umpama tiada nilai.. Terlalu jauh lebih rendah dgn tukaran di Malaysia.
  25. Makanan halal agak mahal di Hong Kong.
  26. Untuk check in bag di HKIA, pastikan tidak membeli/membawa pistol/senapang mainan. Jika tidak, ia akan dirampas. Barang larangan. 
  27. Di Hong Kong, kebanyakkan peniaga tidak mengamalkan sistem tawar menawar semasa berniaga. Baik di pasar malam, kedai atau pun di kawasan perniagaan wholesales, harga yang dipaparkan adalah harga tetap! 
  28. Ada trek laluan MTR di atas lautan yang luas. Wuuhuuu! Kagum sangat!
  29. Plug di sana sama je macam kat Malaysia, so tak perlu beli universal plug bagai hokehh! :)
The Peak

Pemandangan dari The Peak

Dalam train pun ada Wifi! 
Harap perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang merancang untuk ke Hong Kong. 

90 comments:

  1. Thanks for great info... tak sabar nak ke sana April nanti

    ReplyDelete
  2. Thanks for great info... tak sabar nak ke sana April nanti

    ReplyDelete
  3. You're welcome! Selamat bercuti! Jgn lupa semak cuaca di sana, panas ke hujan ke so that blh get ready dgn pakaian yang sesuai.. :)

    ReplyDelete
  4. TERBAIK. TQ ATAS INFO YANG SANGAT MENBANTU

    ReplyDelete
  5. TERBAIK. TQ ATAS INFO YANG SANGAT MENBANTU

    ReplyDelete
  6. Terima kasih juga kerana sudi menyinggah di blog saya.. Enjoy your trip ya! :)

    ReplyDelete
  7. great info.thanks..membantu..:)

    ReplyDelete
  8. tq for the info.blh x sy nk tau brapa harga anggaran mknn utk lunch n dinner?thanks

    ReplyDelete
  9. Hi Lisa.. Sebelum memulakan perjalanan kami akan makan makanan yang kami bawa dari Malaysia. Breakfast+Lunch sekaligus! Hehe. Kami bawak ikan bilis goreng/sardin dll. Disana cuma masak nasi sahaja. Makanan halal di Hong Kong sangat-sangat mahal! Roti canai sekeping pun RM10, kuah dhal Rm20-30 semangkuk kecil. Dalam Disneyland, nasi goreng beharga lebih RM50 sepinggan.

    ReplyDelete
  10. salam
    terimakasih atas perkongsian yg sgt lengkap. akak nak tanya mana lebih belisegala tiket kat CTS atau KLOOK.

    ReplyDelete
  11. Wsalam..ikut apa yang saya buat research (baca dari blog-blog lain) sblm ni, CTS yg termurah.. KLOOK tak pasti lah pulak.. ;)

    ReplyDelete
  12. salam. awak kata masak nasi di sana ye, nak tahu stay di mana yg boleh memasak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.di hotel boleh jer masak nasi.atau pun boleh cari homestay dari airbnb.com periuk nasi kecil bawa sendiri.lauk?bawa lauk yg blh simpan lama seperti serunding ke sardin ke makanan dlm tin ke, bilis goreng ke.. :)

      Delete
  13. salam awak... nak tanya kos semua2 termasuk flight berapa ye.. org2 sana fasih berbahasa inggeris ke.. senang x kalau kita nak bertanya.. nak g gan anak2 yg masih kecil pastu 1st time g ni.. hati mmg teringin nak ke sana.. tq awak..

    ReplyDelete
  14. salam awak... nak tanya kos semua2 termasuk flight berapa ye.. org2 sana fasih berbahasa inggeris ke.. senang x kalau kita nak bertanya.. nak g gan anak2 yg masih kecil pastu 1st time g ni.. hati mmg teringin nak ke sana.. tq awak..

    ReplyDelete
  15. Wsalam..boleh rujuk kos dalam post saya..harga tiket dan sebagainya saya dah nyatakan.. Flight,saya dapat tiket murah air asia(beli 9bulan lebih awal),kos flight seorang campur tax dan bagasi lebih kurang rm500.dari segi bahasa,mereka kurang fasih berbahasa inggeris,disana saya mmg kurang bertanya,banyak buat rujukan sebelum pergi ke sana,jadi sampai sana mmg dah tahu nak kemana..saya pun pergi bawa 2 orang anak, seorang 4thn sorang lg 8thn masa tu..setiap sorang galas 1 beg sandang lagi tu..boleh jer..tapi budak mmg akan letih la..disana byk berjalan kaki.sblm ke sana maybe blh train bawa anak-anak jogging ke jalan 4-5 round kat tasik ke so that sampai sana dorang tak byk complain penat berjalan..haha..satu lg,budak2 pun tak complain sgt sbb dorang pun dah set kan otak nak pegi disneyland! Disneyland betul2 destinasi yg dapat memotivasikan mereka..pastikan dorang pakai kasut yg selesa..stokin..takut melecet.ok,jangan takut!ikut guide yg saya berikan dlm post,insyaAllah tak sesat..tak perlu tanya org dah kat sana..lg pun kat sana takde sistem tawar menawar..apa yg kita nampak itulah yg kita kena bayar..no worries ya.

    ReplyDelete
  16. Kenangan berjalan sendiri(tanpa tourist guide) betul2 menyeronokkan bagi orang yang suka ber adventure! saya suka! Budak2 pun enjoy walaupun penat, berbaloi2.. Kos pun boleh dilaras ikut kemampuan sendiri. Rasa nak pegi lagi pulak! Huhu..

    ReplyDelete
  17. Sronok baca tapi takut nak pegi..hihi. Takut sesat,takut psal makanan susah.
    Nice info anyway..mekasih banyakk 😊

    ReplyDelete
  18. Sronok baca tapi takut nak pegi..hihi. Takut sesat,takut psal makanan susah.
    Nice info anyway..mekasih banyakk 😊

    ReplyDelete
  19. +Qhaseh Shukour, jangan takut. Confident! tak sesat insyaAllah.. Hong Kong sangat maju dan membangun, dalam bas pun ada electronic board beritahu kita berapa lama lagi nak sampai ke satu2 station.. Papan tanda pun sangat-sangat banyak, membantu untuk tourist kemana-mana.. Makanan halal ada banyak juga, tapi harga memang sangat mahal, jadi bawalah makanan dari Malaysia.. confirm boleh survive! ukenduit! :)

    ReplyDelete
  20. info yg sangat membantu terima kasih...

    ReplyDelete
  21. salam..sgt membantu entry sis..sy insyaAllah akan ke sne 25/11 ni bersama 4org anak sy yg masih kecil2,nk bwa diorg ke dianeylnd..travel tnpa tour guide..agak mncabar jge nnti..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis boleh email kat sy interary ke sane n penginapan sis sty kat mne aritu? tq
      n.ieyan@yahoo.com

      Delete
    2. Salam..nak tanya brape hari stay di hong kong? Saya pun tgh survey nk pi date tu. Tiket agak mahal la tp takut nk booking awal2.

      Delete
  22. Salam cik raihan.. Thanks for the info yang sgt berguna dlm blog awak.. next week saya nak ke HK.. 13-17 sept.. Tp pegi flight ptg pkl 3 sampai dah malam dlm pkl 7.. Agak2 apa aktiviti bole buat malam hari pertama smpai tu? stay area2 Tsim Sha Tsui.. Saya mcm blur nak pegi mana dulu dlm list.. Disneyland tu patut pegi hari last or hari kedua sampai? Hari pertama saya mmg x leh jalan mana dah.. 17hb tu flight blk 8 mlm.. Bole tak cik raihan email saya thanks noorul_aizat@yahoo.com - Aizat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aizat! area Tsim Sha Tsui adalah area yang happening! Hari pertama saya cadangkan awak pergi ke Avenue of Stars sebab tempat tu dekat area Tsim Sha Tsui juga.. dan disamping tu tempat tu open area, untuk bergambar mmg cantik lah. Cuba google tengok tempat tu.. :)
      Untuk ke Disneyland, elok tengok pada cuaca. bulan september selalunya hujan disana. kalau cuaca cantik, lebih baik pergi pada hari kedua atau ketiga. Jangan pergi pada hari terakhir sebab awak perlu duduk dalam Disneyland sehingga acara kemuncak, acara bunga api dekat istana (ala-ala mcm movie kartun disney :)).. bunga api tu dalam jam 8 malam. rugilah kalau tak tunggu sampai habis acara.ada persembahan watak2 disney juga masa tu.. Lagi pun awak perlu berada di airport sekurang-kurangnya 2 jam sebelum flight.. maknanya jam 6 dah kena ada di airport.so not suggested untuk pergi ke disneyland pd hari terakhir ya. Kalau ada bajet lebih, boleh pergi ke ocean park. tempat tu sangat best tp costly la.. lebih kurang macam disneyland juga harga tiketnya.. tapi kalau mampu, why not? hehe.. google ya..

      Delete
  23. Sama-sama.. selamat mengembara ke Hong Kong! :)

    ReplyDelete
  24. Salam, I pun nk ke HK bawak ank2 4 org. Interesting info u. Nk Tanya u lg la. mail i
    farafahas@gmail.com

    ReplyDelete
  25. salam,
    saya nak tanya kalu kita bawak sikit2 barang mcm timun or carrot dlm beg ke sana agak2 kena tahan tak dengan kastam di sana?

    second question:
    boleh bagitahu anggaran harga tiket yg ditolak dari octopus card untuk naik bas or MRT ke destinasi2 di dalam HK cth nak pergi Disneyland atau The Peak.mahal tak?kalau 150HKD tu cukup tak untuk ke sana ke mari?atau kena top up?

    ReplyDelete
  26. salam,
    saya nak tanya kalu kita bawak sikit2 barang mcm timun or carrot dlm beg ke sana agak2 kena tahan tak dengan kastam di sana?

    second question:
    boleh bagitahu anggaran harga tiket yg ditolak dari octopus card untuk naik bas or MRT ke destinasi2 di dalam HK cth nak pergi Disneyland atau The Peak.mahal tak?kalau 150HKD tu cukup tak untuk ke sana ke mari?atau kena top up?

    ReplyDelete
  27. Sorry gaisee, lambat respon, saya bz sgt2 these few weeks.. nak bawak carrot boleh je.takde masalah.rasanya kad octopus tu ada kena topup juga tp tak banyak..masa nak balik boleh refund, so topup lebih pun takpe.. :)

    ReplyDelete
  28. Hai sis... U beli tiket untuk semua entrance dkat sana yer.. Sebab i ada baca others blog.. Ada yg recommend starmoon vacation... Bole i tanya u punye suggestion x.. Mna yg lg ok.. Thanx for ur reply..

    ReplyDelete
  29. Hai sis... U beli tiket untuk semua entrance dkat sana yer.. Sebab i ada baca others blog.. Ada yg recommend starmoon vacation... Bole i tanya u punye suggestion x.. Mna yg lg ok.. Thanx for ur reply..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti..saya mmg beli kat sana.. hehe

      Delete
  30. hai Dear. I plan nak pergi 3 hingga 8 Dis 16 nanti. Just nk tanya utk masuk Hong Kong tak perlu visa kan?

    ReplyDelete
  31. Untuk masuk hong kong tak perlu visa.. :)

    ReplyDelete
  32. assalam sis. where are U staying in HKG? Can U email me at afiqah_tgazelam@yahoo.com.my ..btw tq in advanced sis.

    ReplyDelete
  33. As salam. Terima kasih atas info raihan. Boleh tak email interary dkt iwanismail@gmail.com.Dkt sana raihan duduk dkt mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Dah email. Check inbox ya. :)

      Delete
    2. cik raihan, sy pn nk jg.. bole send email p nurainah89@gmail.com

      Delete
  34. Salam alayk raihan. Nak tanya. Patut ke bwk stroller since saya bawa baby n budak 2 tahun. N utk penginapan. Suggested utk duduk area mana yek? Tgh search b&b sekarang ni. Insyaallah akan g sana february 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  35. Dear Raihan,

    Can you email me the itinerary to mrssyawal@gmail.com. Btw good info and very details. Thank you in advance! Gracias

    ReplyDelete
  36. Salam Raihan,

    Saya berminat nak bawa anak perempuan umur 5 tahun gi Disneyland.....kalau saya datang utk 3H2M sahaja.....cukup kan?

    Saya nak join mana2 grup yg nak gi HK tu.....kalau ada yg sudi bagi saya join le...

    ReplyDelete
  37. Salam Raihan,

    Saya berminat nak bawa anak perempuan umur 5 tahun gi Disneyland.....kalau saya datang utk 3H2M sahaja.....cukup kan?

    Saya nak join mana2 grup yg nak gi HK tu.....kalau ada yg sudi bagi saya join le...

    ReplyDelete
  38. Salam Raihan,

    Very informative..Sana awk stay mana dan boleh email itinerary awk kat saraanis83@gmail.com

    Tqvm :)

    ReplyDelete
  39. Salam Raihan,

    Very informative..Sana awk stay mana dan boleh email itinerary awk kat saraanis83@gmail.com

    Tqvm :)

    ReplyDelete
  40. Hai.. thanx for the good info.. i nk pegi sna dgn hubby n ank 1thn.. buln jan nnt.. hope semua ok..

    ReplyDelete
  41. Salam sis.

    Dear can u email kakak the itinerary and hotel u stayed in Hongkong at Ruslina07082gmail.com

    ReplyDelete
  42. Salam sis.

    Dear can u email kakak the itinerary and hotel u stayed in Hongkong at Ruslina07082gmail.com

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Salam Sis... boleh emailkan sis stay kat mana N itinerary semasa d HKG? TQ

    imran7657@gmail.com

    ReplyDelete
  45. assalam sis..do help me..my trip to HK is just around d corner..on 19 nov ni..but i kne tipu dgn travel agency..i dh byr everythg ..last2 i dpt tau ..dia penipu..and now i kne pegi w/out tour guide..budget pun dh x byk sgt tinggal ni..boleh email kt i iternery u..and hotel apa yg u stay kt sana? roslina2826@gmail.com

    ReplyDelete
  46. Assalam sis..tq utk email dr awk..Sy nk tny skit lg..sis stay kt Jordan kan..nnt bila smpi d HK kita Naik bus A21 tu turun d Jordan ya? Lepas tu dr Stesen tu nk ke hotel jauh ke?
    Lg satu soalan..since Disneyland tu habis Malam..dr Disneyland tu nk balik ke hotel guna MRT juga ya?
    MRT last sampai kul bpe sis?

    ReplyDelete
  47. Salam prkenalan sis.

    Klu x keberatan.. can u email kakak the itinerary and hotel u stayed in Hongkong to ez77alina@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Dah email.. check inbox ya. :)

      Delete
    2. Salam akak boleh sy dptkan itinerary kak raihan ke Hong kong.. atiraaripin@yahoo.com Thanks alot

      Delete
  48. Salam cik Raihan. Boleh saya tahu bila tarikh cik Raihan pergi ni ya.

    ReplyDelete
  49. Salam..menarik betul perkongsian...nk tanya dekat hk duk hotel mana ye

    ReplyDelete
  50. Salam...menarik betul perkongsian..nk tanya dekat hk duduk hotel apa n di mana yer...

    ReplyDelete
  51. Salam, sis. Thanks for good sharing �� sy dlm planning nak ke hong kong, blog sis membantu sangat. Sy bawa anak 2tahun+ , better bwk stroller atau carrier yea sis? Kalau tak keberatan boleh emailkn sy itinerary n hotel yg sis tinggal dekat sana, thank you so much sis :D

    sashah_stylish@yahoo.com

    ReplyDelete
  52. Salam prkenalan sis.

    Klu x keberatan.. can u email kakak the itinerary and hotel u stayed in Hongkong to sharifaheija@yahoo.com
    Tq sis😍😍😍😍

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum sis Raihan.. sgt menarik dan berguna info sis dlm entry ni.. buat sy bertambah semangat nak p hongkong. sy dan suami plan nak p bulan 3 ni. utk kami yg belom ade anak ni, sesuai p disneyland ke ocean park ye? konpius nak buat pilihan.. masih merangkak2 buat research supaya tak sesat kat sane nanti. bole x sis raihan emel kat sy itenary dan hotel yg sis raihan pakai kat sane. terima kasih byk2 :)eynamia_90@yahoo.com

    ReplyDelete
  54. Assalam sis Raihan,

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman di sana. Ia sgt berguna dan hope blh jadi rujukan ketika sy di sana nnti. :)
    Blh jika sy ingin meminta itinery, tempat tingal yg sis duduk. sis blh email kpd sy di sitihafizah.bintiharun@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  55. Tq..byk info yg membantu sy sepanjang bercuti di hongkong

    ReplyDelete
  56. Tq..byk info yg membantu sy sepanjang bercuti di hongkong

    ReplyDelete
  57. As salam sis mawar,

    Sis sudah pergi ke hong Kong? Sy akan ke sana pads Blh Mac ini.jika sis tidak keberakatan Blh email kpd sy itinerary sepanjang sis di sana? Jika okey, sis Blh email kpd sy sitihafizah.bintiharun@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  58. As salam sis mawar,

    Sis sudah pergi ke hong Kong? Sy akan ke sana pads Blh Mac ini.jika sis tidak keberakatan Blh email kpd sy itinerary sepanjang sis di sana? Jika okey, sis Blh email kpd sy sitihafizah.bintiharun@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  59. tq byk info dpt.nk g hk bln mei ni.solo traveler.maybe stay kt kowloon.hmm harga makanan die lg mahal dr london.huhu.

    ReplyDelete
  60. Salam. thanks for the info!

    boleh emailkan saya itineray tak? insya Allah akan ke HK on 20/3 til 25/3.

    E mail : firdaus@sriemas.edu.my

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. kak raihan, nak tanya kat CTS tu nnt boleh bayar guna kad x? atau semua kena gunakan cash?

    ReplyDelete
  63. kak raihan, nak tanya kat CTS tu nnt boleh bayar guna kad x? atau semua kena gunakan cash?

    ReplyDelete
  64. Salam Raihan, tiket ke Disneyland beli dekat CTS ye, takut plak tak jumpa CTS tu

    ReplyDelete
  65. salam ..blh email itenary kat saya..haida@ta.com.my..tq

    ReplyDelete
  66. send jg kat saya ye itinerary nurainah89@gmail.com

    ReplyDelete
  67. send jg kat saya ye itinerary nurainah89@gmail.com

    ReplyDelete
  68. salam kak raihan...selamat berkenalan

    boleh saya dapatkan itinery juga? ke emel kayjay7875@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete