Sunday, 27 December 2015

Kandungan Fail Ringkasan Mengajar 2016




Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah pun beralih arah menggunakan sistem fail bagi menggantikan Buku Ringkasan Mengajar. Bagi saya perubahan ini adalah suatu perubahan yang positif kerana tanpa kita sedari, ia adalah salah satu cara kita mengaplikasikan teknologi di dalam pendidikan. Rata-rata guru zaman ini sudah pun memiliki sekurang-kurangnya sebuah laptop peribadi. Ini menunjukan respon positif dikalangan guru dalam melaksanakan tugas menggunakan teknologi. Menggunakan teknologi bukanlah memerlukan kemahiran yang tinggi sebaliknya jika dipraktiskan menjadi budaya sehari-hari akan sedikit sebanyak membantu para guru menggilap kemahiran sedia ada. Bak kata orang putih, 'Practice Makes Perfect'. :)

Sebagai motivasi kepada rakan-rakan guru yang telah pun mula menggunakan atau baru ingin memulakan sistem fail bagi menyediakan ringkasan mengajar, saya ingin berkongsi hasil kerja saya, Kandungan Buku Ringkasan Mengajar yang boleh kalian edit mengikut kesesuaian. Antara kandungan yang ada di dalam fail ialah:-
1) Muka depan
2) Takwim Persekolahan 2016
3) Cuti Am 2016
4) Jadual Waktu Persendirian
5) Jadual Waktu Kelas
6) Senarai tugas
7) Maklumat Guru
8) Visi KPM
9) Misi KPM
10) Visi Sekolah (edit ikut visi sekolah cikgu ya!)
11) Misi Sekolah (edit ikut misi sekolah cikgu ya!)
12) Rancangan Pengajaran Tahunan 2016 
13) Rancangan Pengajaran Harian 2016 
(Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Mudah Guna dan Penanda Cuti 2016)
14) Lembaran Markah Murid
15) Senarai Nama Murid
16) Senarai Buku Rujukan
17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga dengan rakan-rakan yang lain!  

32 comments:

  1. Terima kasih bnyk cg. Semoga segala usaha n vakti cg mendapat hidayah dr Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bnyk cg. Semoga segala usaha n bakti cg mendapat hidayah dr Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu Masrina! Good luck untuk tahun 2016! :)

    ReplyDelete
  4. Sama-sama.jgn lupa share dgn kwn2 yg lain juga ya!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Moga usaha diberkati..:)

    ReplyDelete
  6. tq cikgu..moga cikgu dan keuarga sentiasa dilindungi dan berada dalam rahmat Illahi..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Cikgu. Semoga cikgu terus sukses dalam kerjaya ini.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana sudi menggunakan bahan saya.. Saya amat menghargainya. Sharing is caring. Take care, everyone!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, TQVM atas perkongsian ilmu...

    ReplyDelete
  10. syukur alhamdulillah. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  11. Sama-sama..semoga terus maju di tahun baru 2016!

    ReplyDelete
  12. terima kasih,mudah2an anda dan keluarga berada di dalam lindungan ALLAH sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. Mudah mudahan begitulah hendaknya..

      Delete
  13. TERIMA KASIH..semoga Allah memudahkan urusan anda sebagaimana anda memudahkan urusan org lain..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas usaha yg terbaik ini. semoga Allah limpahkan keberkatan dlm hidup cikgu.

    ReplyDelete
  15. Terima Kasih cikgu.Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan cikgu

    ReplyDelete
  16. moga Allah murahkan rezeki cikgu sekeluarga

    ReplyDelete